ok. ini adalah sungguh menyeksakan. eh tipu. tade la seksa sangat. cuma sangat cam dah sampai hujung jalan. kepala pon tetiba feeling denyut-denyut. konon2 cam dah sangat kritikal punya dok fikir. haishhhh. tapi janji tetap janji. kan?
**********--**********
cepatkan masa bergerak? sangat laju kot. sampai dah tak terkejar2. sinsing kain bukak heels konon nak pecut sampai muka merah tapi itu pon masih tak dapat nak kejar. bukannya nak mendahului masa tapi nak bergerak seiringan pon cam tak tersempat. huhuhu... sedih~ T_T"
mungkin sebab saya tak betul-betul kejar kot. masih ada waktu-waktu yang larian saya jadik perlahan dan kadang-kadang terus buat saya berhenti. mengeluh dan hampir putus asa.
mereka ada disitu waktu semua orang bercuti. dan saya pon ada sama-sama ngan mereka. waktu semua orang cuti. tapi kenapa hasilnya tak sama? ok. jangan nak pertikaikan semua itu. ada hikmah. ada hikmah. ada hikmah nape semua ini jadik. tak pe. sabar. dan teruskan. walaupun dah tak banyak masa yang tinggal. tapi tak pe. usaha lagi. bagi yang terbaik. mungkin. eh tipu. memang ada hikmah yang saya mungkin tak nampak.
bak kata seseorang, kalau semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah, saya tak kan dapat pape. semua yang saya hadapi sekarang adalah bekalan untuk hari esok. kalau dengan cara ini saya tak dapat yang saya nak, saya kena pikir dan cuba dengan cara yang lain. makanya sekarang ni, saya dah mampu nak pergi seinchi lebih depan dari saya yang dulu dan berani mencuba. ok. tade la berani sangat. cuma sekurang-kurangnya saya dah tak ikut satu-satu telunjuk orang. ok tipu. saya ikut tapi dalam masa yang sama saya buat cara saya.
so, esok-esok nanti, bila masalah yang sama jadik lagi, saya dah ada cara tuk hadapinya dan tolong orang-orang yang berdepan ngan masalah yang sama. kan? dan jugak, kalau nanti saya tak dapat apa yang saya nak, sekurang-kurangnya saya tak rasa menyesal sebab saya tau saya dah bagi yang terbaik. setakat yang saya mampu. ok. itu semua psikologi. bukan setakat yang mampu. tapi lebih dari itu. sebab saya tau saya mampu. cuma perlu lebih komited. dan usaha. yoshhhh!!! *tetiba nak semangat pagi-pagi gini. hahahha. sepak kang.*
tapi bukan senang, setiap kali saya nak buat sesuatu, akan ada orang yang akan pertikaikan setiap yang saya buat. memang la elok itu semua supaya nanti saya akan pikir lebih dalam. betul ke tindakan saya, kalau saya buat ini, apa akan jadik, kalau saya buat itu, elok kah?. macam-macam. *owh tetiba feeling dewasa. hahahha*
dah. dah .dah. cukup. kang makin banyak yang saya ngarut. cukup.
monolog: hepi chinese new year. agak2nya nanti dorang akan stop tak ketuk gendang2 tu nanti?